Tuesday, April 29, 2008

TORII

Torii adalah pagar tradisional Jepun yang sering kali ditemui d pintu masuk kuil Shinto dan juga boleh ditemui di sebahagian kuil Buddha.Contoh Torii yang paling terkenal adalah di kuil Shitennoji di Osaka kerana dianggap oleh mereka sebagai simbol peta.Namun,Torii sering kali dianggap untuk menunjukkan kuil Shinto.

Torii mempunyai dua tiang melintang di atasnya dan sering kali dicat dengan warna merah.sesetengah Torii mempunyai papan dengan tulisan di tengah-tengah tiang melintang,papan ini biasanya menyatakan nama kuil ataupun nama dewa-dewi yang disembahkan di kuil tersebut.Torii menandakan batasan yang mengasingkan kawasan kesucian
(kuil) dan dunia biasa.



Asal-usul

Asal-usul Torii telah dijelaskan dalam pelbagai teori.Satu daripadanya adalah ia direka bentuk untuk disinggah oleh burung seperti yang tertulis dengan kanji (Tori:burung dan I:tempat).
Ini adalah kerana dalam agama shinto,burung dianggap sebagai utusan kepada dewa-dewi.Sebuah lagi teori adalah ia berasal daripada Tori-iru (lalu dan masuk).Tiada satu pun teori yang diiktiraf tepat.Juga,tiada mana-mana teori diterima sebagai asal-usul perkataan Torii.


Bentuk

Biasanya Torii terbentuk dari dua tiang menegak dengan dua palang melintang di atasnya yang dipanggil Kasagi.Di bawah Kasagi terdapat sebuah kayu penyambung yang dipanggil Nuki.Berdasarkan bentuk ini,terdapat pelbagai variasi gaya Torii yang terdapat di kuil Shinto dan ianya bergantung kepada seni reka bentuk kuil dan juga dewa-dewi yang disembah.Sebagai salah satu elemen yang berdiri dengan sendirinya.Torii dianggap sebagai sebahagian daripada pagar suci,Tamagaki dan ada juga yang mengelilingi pintu masuk sesetengah struktur kuil.Bahan binaan Torii yang paling biasa digunakan adalah kayu dan batu dan tiada had dikenakan berdasarkan saiz dan penggunaan besi,konkrit,plastik dan bahan lain adalah dibenarkan.

Torii adalah pintu masuk ke kawasan suci.Sesetengah kuil Shinto mempunyai lebih daripada satu malam ribuan Torii.Apabila terdapat Torii yang banyak,yang paling besar akan dipanggil Ichi no torii yang bermaksud torii pertama.Torii juga boleh ditemui di pelbagai kawasan kuil untuk menandakan kenaikan tahap kesucian apabila seseorang itu memasuki dewan utama yang dikenali sebagai Honden.

Lagenda

Tidak diketahui sama ada Torii berasal dari Jepun ataupun diimport dari China mahupun Korea.
Di dalam sebuah lagenda Jepun,dewi matahari Amaterasu marah dengan abangnya yang suka bergurau.Lalu dia bersembunyi di sebuah gua dan menutup gua tersebut dengan batu.Tindakan ini telah mengakibatkan gerhana.Ramai yang takut jika matahari tidak keluar semula,mereka akan mati.Jadi,dengan nasihat seorang lelaki tua,mereka membina pagar yang besar dari kayu dan menempatkan ayam jantan di atasnya.Mereka mula membuat bising dan menyebabkan dewi matahari itu tertanya-tanya apa yang berlaku lalu keluar dari guanya.Pintu itu retak sedikit dan seorang ahli sumo menolak batu itu dan matahari keluar,lalu dunia diselamatkan.Pagar ini adalah Torii yang pertama.
Sejak itu,Torii menjadi simbol kesucian dan tuah di seluruh Jepun.

Tujuan torii di kawasan shinto.

Torii menandakan kemasukan ke kawasan suci.Melepasi Torii untuk ke kuil dengan membasuh tangan dan mulut adalah tindakan menyucikan diri.Oleh kerana ini,mereka yang tidak bersih dan suci tidak dibenarkan mendekati kuil Shinto dan dipercayai mereka hanya mengotorkan kawasan tersebut.Contoh ketidakbersihan di dalam adat Shinto termasuklah orang perempuan yang sedang datang haid ataupun sesiapa sahaja yang telah kehilangan saudara-mara dalam masa setahun.Orang Jepun akan membuat lawatan wajib di tahun baru,Hatsumoude.

No comments: