Friday, May 9, 2008

Kimono

Sejarah Kimono

Perkataan asal Kimono adalah datangnya dari perkataan orang Jepun untuk pakaian.Tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini,perkataan kimono telah digunakan untuk merujuk terutamanya untuk pakaian Jepun yang tradisional.Kimono-kimono yang kita tahu hari ini telah bermula sejak tempoh Heian (794-1192).

Daripada tempoh Nara (710-794) sehingga sekarang biasanya orang Jepun memakainya dengan pengasingan pakaian atas dan lebih rendah (seluar atau skirt) atau pakaian baju mandi.Tetapi dalam tempoh Heian,satu pakaian baru Kimono dan teknik pembuatannya telah dimajukan.Maklumnya,kaedah memotong garisan yang lurus dan kepingannya telah dikaitkan dan dipotong dalam garisan-garisan lurus dan dijahit bersama.Dengan teknik ini,pembuat-pembuat pakaian Kimono terpaksa membuat mengikut anadaian mereka sendiri tanpa mengukur bentuk badan sebenar.

Potongan garisan lurus Kimono dikatakan terdapat banyak kelebihan.Mudah dilipat dan juga boleh dipakai mengikut kesesuaian cuaca.Kimono boleh dipakai berlapis-lapis supaya sesuai dengan musim sejuk dan kimono dibuat dengan kain yang mesra dan sesuai pada musim panas.Kelebihan ini menolong Kimono menjadi pakaian yang popular di Jepun sehingga hari ini.

Sepanjang masa ini,amalan kimono dianggap meletihkan kerana fesyennya yang berlapis-lapis.Orang Jepun mula menumpukan perhatian untuk memikirkan bagaimana caranya perbezaan warna dapat digabungkan bersama dan bermula satu kemajuan yang baik apabila mula peka kepada warna.Biasanya,gabungan-gabungan warna diwakili sama ada warnanya mengikut musim-musim atau kelas politik.Sebagaimana yang diketahui semasa ini,gabungan-gabungan warna adalah dianggap warisan tradisional di Jepun.

Semasa tempoh Kamakura (1192-1338) dan tempoh Muromachi (1338-1573) ,lelaki dan wanita kedua-duanya dipakai dengan kimono yang berwarna terang dan jelas.Para samurai pula berpakaian dengan warna-warna mengikut cara warna pemimpin mereka dan kadangkala warna yang agak garang diperlukan dan dipakai dalam medan pertempuran juga seolah-olah seperti pertunjukan fesyen.

Sepanjang tempoh Edo (1603-1868) , pahlawan kaum Tokugawa telah memerintah Jepun.Negara telah dibahagikan ke dalam 'domain' feudal yang diperintah oleh pemerintah ketika itu.Samurai dalam setiap bidang dikenalpasti melalui warna-warna dan corak mereka iatu seperti "pakaian seragam".Mereka mengandungi 3 bahagian:satu pakaian kimono Jepun iatu satu pakaian tanpa lengan yang dikenali sebagai kamishimo,jenis pakaian kimono dan Hakama,satu seluar panjang seperti skirt pemisahan.Kamishimo telah diperbuat pakaian dalam,berkanji untuk 'make the shoulders stand out'.Dengan begitu banyak baju-baju samurai yang dibuat,Kimono merupakan pakaian yang paling baik untuk dibuat dan juga terbaik dalam sebahagian kraf mereka.Pembuatan pakaian Kimono dianggap satu bentuk seni.Kimono menjadi satu pakaian yang semakin berharga dan ibu bapa atau pun sesebuah keluarga akan memberi kimono kepada anak-anak sebagai satu pakaian pusaka.

Sepanjang tempoh Meiji (1868-1912) ,Jepun mula memperkenalkan budaya asing.Kerajaan mula mendorong orang agar menerima barat juga pakaian.Pegawai kerajaan dan kakitangan tentera telah dikehendaki oleh undang-undang untuk memakai pakaian barat untuk majlis-majlis rasmi.(Undang-undang tersebut tidak lagi meninggalkan kesan dan tidak menjadi dasar pada hari ini).Untuk warganegara biasa,Kimono-kimono akan dipakai dalam peristiwa formal dan adalah diperlukan menggunakan pakaian dihiasi dengan lambang keluarga pemakai,yang dikenalpastikan sebagai latar belakang keluarganya.

Sekarang,jarang sekali orang Jepun memakai pakaian kimono mereka sebagai pakaian harian mereka.Mereka akan menyimpannya dan akan menggunakannya apabila ada upacara seperti perkahwinan,upacara teh atau festival khas lain seperti perayaan-perayaan bermusim.

Jenis kimono dan rekaannya.

Kaedah yang digunakan untuk membuat kimono adalah sangat unik.Sebidang kain 12 sehingga 13 meter (39 hingga 43 kaki) panjang dan 36 sehingga 40 sentimeter (14 hingga 15 inci) luas adalah dipotong kepada lapan kepingan.Kepingan-kepingan ini adalah kemudianya dijahit kembali bersama-sama untuk mencipta dasar asas bentuk pakaian Kimono.Semua kain adalah digunakan dan tidak ada untuk dibuang.Kain yang paling kerap digunakan adalah kain sutera tetapi yukata (kimono-kimono musim panas yang tidak formal) sering dibuat dengan kapas.Penggunaan lapan buah panel berasingan membuat ia mudah mengambil sebahagian kimono selain lebih teratur untuk menggantikannya atau membaiki yang lama,pudar atau panel-panel kain yang telah rosak.

Kimono-kimono mendapat warnanya dalam satu daripada duahala:Kain dikarang daripada pelbagai warna-warna benang atau tenunan yang telah diwarnakan.Satu contoh kain pakaian kimono dengan warna anyaman dalaman adalah oshima tsumugi,sehelai kain yang dibuat dan berasal daripada pulau Amami-Oshima selatan Kyushu.Kain ini adalah kukuh dan mempunyai satu kilauan.Contoh lagi ialah yuki tsumugi yang dibuat di bandar Yuki,Ibaraki:kain ini adalah dikatakan kukuh dan berterusan selama 300 tahun.

Permulaan kimono yang diwarnakan dengan tenunan putih yang kemudianya mempunyai satu rekaan yang dilukis atau bersulam ke dalam.Teknik ini menonjolkan atau mengeluarkan dengan jelas fabrik-fabrik yang diwarnakan.Satu contoh kain yang diwarnakan seperti kyo yuzen yang dibuat di kyoto dan unsurnya adalah panjang lebar dengan mewahnya diwarnakan rekaan-rekaanya.Contoh lain ialah kaga yuzen yang dihasilkan dan dikeluarkan di bandar raya Kanazawa.Kaga yuzen adalah berunsurkan realistik dari imej-imej alam. (Perkataan yuzen adalah nama untuk stensil 'resist' teknik pencelupan dan ia kain adalah digunakan untuk mencipta).

Kelebihan kain dengan warna anyaman dalaman adalah warna yang berterusan secara terus dan apabila muka kain pudar,kita boleh 'flip it over' dan gunakan bahagian yang lain.Kelebihan mewarnakan kain ialah bahawa jika warna pudar,ia sangat mudah untuk mengubahsuai warna yang baru.

Kimono perempuan terdiri daripada furi,ushiromigoro (bahagian belakang) dan bahagian depan ialah sode,eri,okumi dan maemigoro.

Jenis kimono dan rekaan (2)

Kimono-kimono juga adalah 'worn' dengan 'sashes' yang dikenali obi iatu yang memegang atau menjaga pakaian kimono di tempat yang teratur juga menyimpan dihadapanya yang tertutup.Obi juga bukan sahaja berfungsi sebagai amalan praktikal tetapi ia juga dikatakan cantik dan bermutu.Obi adalah kira-kira 4 meter (13 kaki) panjang dan 30 sentimeter (12 inci) luas.Terdapat dua jenis obi :fukuro obi yang mempunyai satu rekaan yang hanya terletak pada satu bahagian dan nagoya obi yang rekaan yang ada dan agak sempit di tengah untuk membuatkan lebih senang untuk mengikatnya di sekeliling badan.Obi dikenali juga dengan nishiki obi yang dibuat di Kyoto dan harga untuk warna-warna mewah seperti emas dan 'silver' adalah melihat kepada mutu anyaman pereka.Obi juga dikenali dengan nama lain seperti hakata kenjo yang dibuat di Fukuoka dan ia juga agak terkenal.

Terdapat pelbagai cara untuk mengikat obi.Busur paling terkenal adalah taiko musubi atau "drum bow".Busur ini diikat di latar atau belakang dan akan kelihatan kepulan seperti bantal yang menampakkan lebih cantik.Taiko musubi menjadi popular ketika lewat tempoh Edo.Sehingga penggunaan busur ini menjadi kurang tumpuan,orang mula tidak begitu menghiraukan sama ada obi cantik ataupun tidak,obi tetap hanya ada satu cara untuk memastikan kimono lebih teratur dan muka hadapannya yang tertutup.Sejak taiko-musubi muncul,banyak gaya-gaya busur yang cantik yang lain juga telah muncul.

Ketika tempoh Meiji,orang mula memakai obi dengan aksesori yang lebih dikenali obi-age dan obi-jime.Obi-age (bustle sash) terletak di petak yang telah digunakan untuk membentuk busur yang terikat.Obi-jime adalah digunakan untuk mengukukuhkan gaya obi yang teratur.Pengunaan aksesori dalam penggabungan warna yang berbeza menjadi cara orang untuk menunjukkan citarasa dalam pelbagai gaya.

Barang-barang penting lain yang dipakai dengan pakaian kimono termasuk han'eri (kolar separuh,satu baris untuk kolar pakaian dalaman kimono) dan tabi (bahagian jari sarung kaki yang dipakai dengan kasut Zori).Barang-barang ini adalah cantik,putih dan bersih untuk menunjukkan kecantikan warna sebenar pakaian kimono.

Penggunaan Kimono dalam peristiwa-peristiwa penting.

Orang Jepun sedar dan tahu bahawa mereka akan mengalami empat musim di Jepun dan baju-baju yang dipakai mereka juga adalah bersesuaian dengan empat musim.Orang Jepun juga akan menaik tarafkan rumah mereka dalam peringkat-peringkat.Sesuatu perayaan khas untuk menandai peristiwa seperti 'children's growth',seperti contohnya orang akan menukarkan kimononya mengikut kesesuaian musim-musim dan peristiwa.

Adalah antara 30 dan 100 hari selepas seorang kanak-kanak dilahirkan,ibu bapa,adik-beradik dan nenek melawat ke shrine untuk melaporkan kelahiran kanak-kanak itu.Bayi akan berpakaian satu warna putih di bawah kimono.Di atas pakaian kimono Jepun tersebut,bayi itu akan memakai warna yang jelas dengan warna yuzen di kimono jika ia adalah seorang gadis dan satu pakaian kimono hitam ditabur dengan lambang keluarga jika ia adalah seorang budak lelaki.

Bagi peristiwa atau perayaan lain bagi kehidupan seorang kanak-kanak adalah Shichi-Go-San (tujuh lima tiga).Perayaan ini diadakan pada bulan November.Pada hari ini,ibu bapa akan mengambil budak berumur lima tahun dan tujuh tahun atau budak perempuan tiga tahun ke shrine tempatan sebagai tanda terima kasih.Mereka juga berharap agar anak-anak mereka sentiasa sihat dan membesar.Kanak-kanak juga akan berpakaian kimono untuk peristiwa perayaan itu.

Dalam usia 20 tahun,orang muda akan menyambut hari kedewasaan dengan melawat shrine pada hari 'Coming-of Age Day' iatu pada isnin kedua dalam bulan Januari.Untuk perayaan ini,perempuan akan memakai furisode (kimono yang lengannya berjela-jela panjang) dan lelaki pula akan memakai haori (separuh lapisan) dan hakama yang dihiasi sama seperti latar belakang atau lambang keluarga mereka.

Kimono furusode adalah dipakai untuk wanita yang belum berkahwin.Pada suatu masa dahulu,wanita Jepun akan diisytiharkan cinta mereka untuk seorang lelaki dengan melebarkan panjang lengan mereka di kimono furusode.

Di upacara-upacara perkahwinan,pengantin akan dipakaikan dengan satu pakaian kimono yang putih bersih dikenali dengan shiromiku.Warna putih diumpamakan sebagai menanda bermulanya perjalanan.

Setelah seorang wanita itu berkahwin,dia tidak lagi memakai kimono furisode.Sebaliknya,memakai pakaian kimono lain yang dikenali tomesode,pakaian kimono dengan 'flaps' yang lebih pendek di lengan baju.Tomesode boleh juga diwarnakan dengan warna hitam atau warna lain.Tomesode hitam dengan dihiasi lambang keluarga pemakai disimpan untuk peristiwa-peristiwa formal kecuali mereka tidak sentiasa mempunyai lambang keluarga
pada mereka.Satu ciri berlainan untuk tomesode (biasanya warna hitam dan lain-lain warna) adalah hanya kain pada dasar separuh dalam kimono dengan dihiasi jenis rekaan.

Penggunaan kimono dalam peristiwa-peristiwa penting (2)

Terdapat pelbagai jenis bagi pakaian-pakaian kimono untuk perempuan.Apabila membayar untuk melawat ke tempat-tempat yang formal,wanita akan memakai homongi ("Kimono pelawat") ,yang ia ditutup keseluruhan oleh rekaan pola.Tsukesage (taburan dengan hiasan corak-corak di bahagian atas permukaan depan dan belakang 'hemlines' ditemukan di atas 'shoulders',dan corak-corak di lengan baju yang dipenuhi rekaan) adalah untuk parti,upacara-upacara teh,penyusunan bunga dan perkahwinan rakan-rakan.

Untuk pakaian kasual,satu daripadanya boleh dipilih antaranya kimono yang dikenali komon,dimana ia ditutup keseluruhan secara kecil,corak-corak yang halus dan tsumugi dengan lebih cerah juga corak yang lebih menonjol hiasanya.

Apapun pun peristiwa,lawatan yang pertama sempena tahun baru adalah melawat shrine,berhenti dan melihat seseorang yang lebih tua atau apa yang kita ada-Orang Jepun selalu berfikiran mengenai musim-musim untuk menentukan pakaian jenis apa yang perlu dipakai.Warna pucat yang agak terang seperti warna hijau adalah sesuai untuk musim bunga dan semasa musim sejuk,mereka akan memakai jenis kimono dengan warna lavender atau biru gelap yang lebih sesuai dalam musim panas.Musim-musim luruh,warna yang agak sesuai mungkin warna yang seakan sama dengan warna daun-daun dan musim sejuk adalah sesuai untuk kimono yang berwarna hitam dan merah.

Dalam musim panas,orang Jepun akan bermain bunga api dan menghadiri upacara-upacara pada musim panas.Pada waktu-waktu ini,mereka akan memakai kimono-kimono yang tidak rasmi yang sedia maklum dikenali yukata.Pada masa dahulu,orang ada juga memakai yukata selepas bermandian tetapi sekarang mereka memakainya terutama terdapat peristiwa atau pertandingan musim panas 'streetscape' dimana ia dipakai tidak kira orang tua dan muda ataupun lelaki dan wanita.Kebanyakkan yukata diperbuat daripada kapas.Mengikut tradisi,corak-corak sama ada warna 'navy-on-white' atau 'white-on-navy' tetapi tahun-tahun kebelakangan ini,rekaan-rekaan yang lebih berwarna-warni telah timbul.

Walaupun kimono-kimono adalah tidak lagi dipakai setiap hari di Jepun,orang masih lagi gemar berpakaian kimono pada waktu-waktu tertentu dalam sepanjang tahun.Dan bila mereka buat,mereka menggunakan fabrik,warna-warna dan rekaan-rekaan kimono mereka yang menyatakan mereka cinta kepada empat musim.

Thursday, May 8, 2008

Rumah Jepun

Struktur Rumah Jepun

Rumah-rumah Jepun yang tradisional dibina oleh penegakan bersahaja tiang-tiang di atas flat foundation yang diperbuat oleh "packed earth of stones".Rumah-rumah kayu sebenarnya wujud di seluruh dunia.Apakah ciri-ciri tertentu rumah-rumah di Jepun di mana terdapat empat musim berbeza termasuk satu musim panas dan lembap dan juga satu musim yang sejuk?

Untuk mengelak dari kelembapan dari tanah,lantai adalah dibina tinggi beberapa puluh sentimeter dan disediakan seberang mendatar lantai galang yang bersahaja.Area-area seperti dapur dan ruang depan adalah berlantaikan kayu tetapi ruang bilik dimana orang duduk terutamanya ruang tamu adalah lantainya ditutupi dengan sejenis tikar dikenali 'tatami' yang dibuat dari anyaman rumput yang diproses.Orang Jepun umumnya tidak menggunakan kerusi di atas tatami,jadi mereka akan duduk dengan menggunakan kusyen-kusyen yang leper bernama 'zabuton'.Ini juga mungkin disebabkan orang Jepun yang masuk ke rumah akan menanggalkan kasut di rumah-rumah Jepun.

Bingkai atau frame di rumah Jepun diperbuat dari kayu dan pemberat disokong tiang-tiang yang secara menegak,galang mendatar dan tersedia penjurunya.Penjuru tersedia atau diagonal braces datang dan digunakan apabila teknologi dari luar telah dibawa datang ke Jepun.Satu ciri rumah orang-orang Jepun adalah terdapat sekeping atap yang dalam dan besar di tepi bumbung untuk melindungi rumah daripada musim panas untuk menyokong bingkai rumah pemberat bumbung.

Pada masa lalu,dinding-dinding rumah telah dibuat dari buluh yang dianyam dan dilekatkan dengan 'earth' di kedua-dua belah.Sekarang,banyak jenis bahan berbeza digunakan dan dimajukan dan papan lapis kerap digunakan.Juga pada masa lalu,terdapat banyak ruang rumah yang dindingnya telah terdedah di luar.Tetapi dalam zaman Meiji (1868-1912), rumah-rumah dibuat dengan menggunakan satu kaedah yang encases pada pusat tiang dan dinding secara teratur untuk mengurangkan kemungkinan kebakaran.Bumbung-bumbung pada masa lalu telah diliputi dengan genting-genting atau jerami tetapi kebelakangan ini kebanyakan adalah ditutup ubin bernama 'Kawara'.Bumbung sememangnya terdedah oleh kesan hujan,salji,cahaya matahari dan kesan daripada alam semula jadi lain.Walaupun ada beberapa perbezaan di kalangan bumbung di setiap kawasan di Jepun,namun ada satu perkara yang sama:Mereka telah
membuatkan satu kaedah di mana memudahkan air hujan mengalir mengikut aliran yang mudah.

Rumah-rumah orang Jepun telah berkembang dari tahun ke tahun dari penggambungan reka bentuk tradisional dengan reka bentuk moden dengan penggunaan teknologi moden supaya rumah Jepun kelihatan selamat,selesa dan terutamanya untuk mengelakan dari kebakaran.Sekarang,walaupun zaman telah berbeza,namun masih banyak rumah-rumah di Jepun masih menggunakan kaedah yang tradisional yang mesra alam sekitar dan berterusan sehingga tempoh yang panjang.

Sejarah rumah Jepun

Zaman purba Jepun,pada asasnya terdapat dua jenis rumah yang berbeza.Pertama adalah apa yang dikenali seperti 'pit-dwelling house' di mana ruangan diselitkan ke dalam satu lubang tanah yang besar di dalamnya dan kemudian terlingkung dengan rumput.Rumah kedua pula dibina dengan lantai dinaikkan di atas tanah.Gaya rumah dengan satu tingkat yang tinggi dikatakan telah datang ke Jepun dari Asia Tenggara,dan bangunan jenis ini adalah dibina untuk digunakan menyimpan biji-bijian dan makanan lain supaya tidak rosak akibat daripada haba dan kelembapan.

Dalam sekitar kurun ke-18,apabila budaya Jepun yang unik telah masuk ke dalam 'full bloom',ahli-ahli bangsawan yang telah memulakan satu gaya pembinaan tersendiri sebuah rumah mengikut kehendak dan diri sendiri bernama Shinden Zukuri.Jenis rumah ini yang dibina di tengah-tengah sebuah taman besar,adalah simetri dan bilik-biliknya telah dikaitkan dengan ruang depan yang panjang.Ia dibina untuk para penduduk menikmati musim-musim dan peristiwa yang berupakan keindahan alam.

Sebagai kuasa politik yang dihulurkan dari pertuanan untuk samurai (kelas pahlawan) dan satu bentuk baru agamanya dibuat caranya ke Jepun,aspek-aspek budaya tradisional Jepun sebagai yang diketahui hari ini untuk perakaran termasuk ikebana (penyusunan hiasan bunga) ,upacara teh dan Noh.Gaya rumah samurai tersendiri tercipta dari mereka yang bernama Shoin Zukuri.
Pengaruh ini boleh dilihat di hiasan sudut bilik-bilik tetamu rumah moden.

Rumah orang-orang biasa yang maju adalah berbeza.Petani-petani di dalam region yang berbeza di dalam negara mempunyai rumah-rumah yang dibina mengikut kesesuaian tempat.Rumah yang dibina mereka dalam gassho stail di Shirakawa-go yang disenaraikan sebagai warisan dunia menempatkan contoh-contoh kediaman rumah orang biasa.Sesetengah petani membina ruang tambahan adalah digunakan untuk menyimpan lembu-lembu dan kuda di dalam rumah,manakala rumah-rumah yang didiami orang bandar adalah dibina rapat dan tersusun mengikut sepanjang jalan.Pemilik rumah yang tinggal di bandar telah dikenakan cukai berdasarkan keluasan ruang rumah dan rumah yang dibina agak kelihatan panjang dan sempit.Gaya rumah ini masih boleh dilihat sekarang dalam bandar tertua seperti di Kyoto.

Perubahan gaya rumah berterusan dalam zaman Meiji (1868-1912).Sesetengah rumah ada yang dibina dengan gaya kura-zukuri untuk menonjolkan gaya orang Jepun yang lebih baik tetapi ia dibuat supaya tahan dan mengelakan dari api-api yang boleh tercetusnya kebakaran.Gaya iatu dasar bagi rumah orang-orang Jepun hari ini yang biasanya mempunyai sebuah ruang yang panjang melalui tengah rumah dengan bilik-bilik di setiap bahagian dikatakan untuk mengabungkan budaya asing dengan gaya rumah yang terutamanya gaya rumah samurai.

Tinggal di dalam rumah Jepun

Satu perkara biasa yang boleh didapati di rumah-rumah orang Jepun ialah terdapat pintu 'sliding door' yang banyak.Pada zaman purba,mereka adakalanya mereka telah membahagikan pembahagian skrin untuk memetakkan bilik-bilik besar.Sekatan ini datang menjadi dimuatkan ke dalam dinding-dinding,kecuali disebabkan ada kesusahan,alur telah dibuat membenarkan sekatan menggelangsar.Ini adalah gaya yang dapat dilihat pada rumah-rumah Jepun yang moden.Perkataan Shoji adalah asalnya kata generik untuk sekatan antara bilik-bilik tetapi hari ini telah adanya pintu-pintu 'sliding doors' yang kebannyakkanya diperbuat dari kertas-kertas yang lembut supaya cahaya matahari dapat menembusi ke dalam ruang rumah.

Sekarang,tikar tatami digunakan untuk menutup lantai bilik utama tetapi dahulu,tatami merupakan sejenis tikar yang dianggap mewah dimana ia digunakan di lantai-lantai tempat orang duduk.Jenis kusyen yang digunakan sebagai tempat duduk adalah sedia maklum dikenali zabuton yang pada asalnya digunakan oleh kuil penganut agama di Jepun yang dikenali enza iatu kusyen berbentuk bulat.Zabuton pada asalnya adalah sekeping tikar yang dibuat daripada kain yang cantik tetapi datang dengan aliran gaya dalam sesetengah kedua pada tempoh Edo (1603-1868) , apabila kapas telah ditambah.

Pada masa lalu,apabila orang Jepun mahu makan,setiap orang akan makan daripada kotak seperti dulang yang berasingan.Amalan orang berkumpul pada satu meja makan hanya bermula sepanjang tempoh Meiji apabila gaya barat dan makanan cina menjadi keutamaan yang biasa.Di dalam bilik dengan tatami,walaupun kerusi tidak digunakan jadi terdapat meja yang lebih pendek dari kaki iatu meja yang rendah turut terdapat di rumah Jepun.

Sebagai ruang tamu dimana keluarga makan bersama,membesar dalam kehidupan di rumah,juga terdapat sebuah kabinet dan kepingan mangkuk untuk kegunaan orang.Kabinet ini dikenali chadansu yang biasanya orang akan menggunakan kabinet ini dalam upacara teh.

Dalam musim sejuk,orang Jepun akan menggunakan sebuah meja yang terdapat alat pemanas yang dipanggil kotatsu.Orang Jepun akan duduk di atas tikar tatami di hadapan kotatsu sambil menikmati haba pada musim sejuk.Kotatsu dikatakan digunakan di tempat keagamaan Jepun pada zaman pertengahan.Pada asalnya arang batu digunakan untuk pemanasan,tetapi kini orang biasanya menggunakan alat pemanas elektrik.Bahagian atas kotatsu adalah ditutup dengan futon untuk menyimpan tenaga haba yang banyak,dan papan ditempatkan di atas futon supaya kotatsu boleh digunakan sebagai meja.

Sekitar akhir zaman pertengahan,tokonama sejenis sudut kecil telah muncul di rumah-rumah samurai.Sudut yang terletak di ruang tetamu biasanya mempunyai sekeping skrol yang terdapat seni 'calligraphy' atau seni untuk tetamu menikmati bersama juga ada disediakan hiasan bunga ikebana.Juga terdapat sejenis yang dipanggil kamidana iatu sejenis shrine yang kecil untuk kegunaan penganut agama di Jepun di dalam rumah.

Tuesday, May 6, 2008

Tanabata (cerita klasik lagenda Jepun)

Tanabata

Tanabata adalah satu pesta yang terkenal iatu yang diadakan setiap tahun pada 7 Julai (atau 7 Ogos dalam beberapa tempat).Apabila masa dan tahun ini ataupun pesta Tanabata tiba,orang akan menulis mengenai impian dan harapan mereka di jalur-jalur kertas dan digantungnya kertas itu pada pokok-pokok buluh bersama dengan hiasan-hiasan.Kita mungkin akan melihat ini hampir di mana-mana pada musim pesta Tanabata di Jepun.

Terdapat sebuah cerita lagenda klasik Jepun sempena dengan nama perayaan Tanabata.Walaupun ada cerita-cerita lain di Asia yang menyerupai cerita Tanabata,versi cerita Jepun adalah satu campuran dari cerita lagenda Cina dan tempat kepercayaan dan cerita itu diberitahu secara berbeza dalam kawasan berbeza di Jepun.Tanabata adalah juga dikenali sebagai cerita Altair (bintang gembala lembu) dan Vega (the weaver star).

Cerita Tanabata

Pada masa dahulu,terdapat seorang pemuda yang hidup di sebuah kampung kecil.Suatu hari,dalam perjalanan pulang dari bekerja di padang,dia telah terjumpa sesuatu yang mengagumkan:dia terlihat baju yang sangat cantik dan tidak pernah dilihat sebelumnya.Lalu,dia teringin memiliki baju tersebut walaupun keberatan untuk mengambilnya,kemudian dengan perlahan-lahan dia pun mengambil baju itu dan dengan segera memasukkannya ke dalam bakul dan kembali memulakan perjalanan untuk pulang.

Tiba-tiba ada satu suara yang memanggil "Maaf".Pemuda itu pun terkejut dan berkata "Apa, adakah seseorang yang telah memanggil saya??".Seorang gadis pun menjawab,"Ya,saya yang memanggil awak.Sila berikan semula baju itu kepada saya.Saya tinggal di Heaven dan datang ke sini hanyalah untuk mandi.Jika tanpa jubah baju itu,saya tidak akan dapat pulang."

Si gadis itu melihatnya sambil mula ingin menangis,tetapi pemuda itu berpura tidak tahu dan menjawab, "Baju yang berjubah berbulu?Saya tidak tahu apa pun tentang itu".Gadis itu pun tidak dapat pulang lalu telah terpaksa untuk tinggal sahaja di bumi.Gadis itu pun memulakan hidupnya tinggal di bumi bersama pemuda itu.

Si dewi gadis itu pun menyatakan namanya adalah Tanabata.Tanabata dan pemuda itu pun berkahwin dan hidup bersama dengan gembira.Beberapa tahun kemudian,pada suatu hari ketika pemuda itu pergi bekerja dan Tanabata duduk di rumah,Tanabata telah terjumpa jubah baju berbulunya yang tersorok di antara dua batang alang besi di siling. "Saya dah sangka,mesti dia yang menyembunyikan baju ini.Dewi itu pun memakai baju jubahnya dan dia mula rasa dirinya kembali menjadi seorang dewi setelah hampir lama tidak merasainya.


Pada petang itu,pemuda itu pun pulang ke rumah dan berasa terkejut sambil hairan apabila melihat Tanabata memakai jubah baju yang berbulu,berdiri di hadapan rumahnya.Tanabata pun mula terbang naik ke syurga kayangan dan memanggil pemuda itu kemudian berkata "Jika awak suka saya,pergilah menganyam satu ribu capal jerami dan mengambuskanya di sekitar pokok bambu.Jika anda berbuat demikian,kita akan pasti dapat berjumpa dan akan bersama sekali lagi pada suatu hari nanti.Sila buat apa yang diberitahu saya.Saya akan menunggu awak".Tanabata terbang lebih tinggi dan lebih tinggi dan pulanglah ia ke syurga.

Pemuda itu berasa sungguh sedih,tetapi dia tahu apa yang patut dilakukan.Di keesokan hari,pemuda itu pun mula membuat capal jerami.Pemuda itu membuatkan kerja itu seharian dan berterusan hingga ke malam.Akhirnya,pemuda dapat menyiapkan capal jeraminya yang terakhir dan menanam kesemuanya di sekitar pokok bambu.

Serta-merta pokok bambu itu menjadi besar dan lebih besar kemudian ia tumbuh lebih tinggi ke dalam langit.Pemuda itu tanpa berlengah lagi terus memanjat dan mendaki pokok bambu yang tinggi itu.Pemuda itu panjat dan panjat lagi sehingga ke puncak yang lebih tinggi sehingga tibalah ia ke syurga kayangan.Tetapi kerana terlalu ingin Tanabata dengan perasaanya yang penuh kasih sayang dan cintanya,dia telah membuat capal jeraminya dengan tergesa-gesa dan sebenarnya ia dibuat hanya 999 pasang.Kemudian,pokok bambu itu pun memendek satu langkah dan pemuda itu tidak dapat sampai ke syurga kayangan.

"Hei!Tanabata!Tanabata!"lelaki itu menangis dan berteriak ke arah syurga kayangan. "Oh,rupanya kamu!"Tanabata berteriak.Tanabata menghulurkan tangannya ke arah pemuda itu dan menarik pemuda itu ke sekitar awan. "Tanabata,saya sangat merindui awak"kata pemuda itu.Mereka pun berasa gembira dan dapat berjumpa dan bersama antara satu sama lain lagi.

Bapa Tanabata tidak tidak gembira yang dia sudah berkahwin dengan seorang lelaki dari dunia bawah.Lantas memberikan pemuda itu kerja yang susah dan berat untuk dilakukan sambil berharap pemuda tersebut sedih. "Anda akan mesti menjaga ladang tembikai untuk tiga hari dan tiga malam,"katanya.Memerhatikan buah tembikai itu semasa dia menjaganya membuatkan dia berasa dahaga,tetapi jika dia memakan satu melon akan berlaku sesuatu yang dasyat dan tidak baik.Tanabata memberitahu kepada pemuda itu supaya jangan sama sekali memakan buah tembikai itu.

Tetapi selepas tiga hari,pemuda itu bertambah dahaga dan dia tidak dapat menahan dahaganya lebih lama.Lalu mencapai sebiji tembikai.Seketika kemudian,air mengalir keluar daripada buah tembikai itu dan menjadi satu sungai yang mengalir arusnya. "Sayangku,Tanabata!"Kemudian sungai itu telah memisahkan antara mereka.

Dua orang kekasih pun menyeberangi sungai untuk bertemu satu sama lain dan menjadi bintang-bintang Altair dan Vega.Bapa Tanabata membenarkan mereka untuk bertemu,tetapi hanya sekali setahun iatu pada malam Julai yang ke 7.Hingga ke hari ini dua butir bintang ini bersemuka di seberang bima sakti dan berkilau terang-benderang.