Tanabata
Tanabata adalah satu pesta yang terkenal iatu yang diadakan setiap tahun pada 7 Julai (atau 7 Ogos dalam beberapa tempat).Apabila masa dan tahun ini ataupun pesta Tanabata tiba,orang akan menulis mengenai impian dan harapan mereka di jalur-jalur kertas dan digantungnya kertas itu pada pokok-pokok buluh bersama dengan hiasan-hiasan.Kita mungkin akan melihat ini hampir di mana-mana pada musim pesta Tanabata di Jepun.
Terdapat sebuah cerita lagenda klasik Jepun sempena dengan nama perayaan Tanabata.Walaupun ada cerita-cerita lain di Asia yang menyerupai cerita Tanabata,versi cerita Jepun adalah satu campuran dari cerita lagenda Cina dan tempat kepercayaan dan cerita itu diberitahu secara berbeza dalam kawasan berbeza di Jepun.Tanabata adalah juga dikenali sebagai cerita Altair (bintang gembala lembu) dan Vega (the weaver star).
Cerita Tanabata
Pada masa dahulu,terdapat seorang pemuda yang hidup di sebuah kampung kecil.Suatu hari,dalam perjalanan pulang dari bekerja di padang,dia telah terjumpa sesuatu yang mengagumkan:dia terlihat baju yang sangat cantik dan tidak pernah dilihat sebelumnya.Lalu,dia teringin memiliki baju tersebut walaupun keberatan untuk mengambilnya,kemudian dengan perlahan-lahan dia pun mengambil baju itu dan dengan segera memasukkannya ke dalam bakul dan kembali memulakan perjalanan untuk pulang.
Tiba-tiba ada satu suara yang memanggil "Maaf".Pemuda itu pun terkejut dan berkata "Apa, adakah seseorang yang telah memanggil saya??".Seorang gadis pun menjawab,"Ya,saya yang memanggil awak.Sila berikan semula baju itu kepada saya.Saya tinggal di Heaven dan datang ke sini hanyalah untuk mandi.Jika tanpa jubah baju itu,saya tidak akan dapat pulang."
Si gadis itu melihatnya sambil mula ingin menangis,tetapi pemuda itu berpura tidak tahu dan menjawab, "Baju yang berjubah berbulu?Saya tidak tahu apa pun tentang itu".Gadis itu pun tidak dapat pulang lalu telah terpaksa untuk tinggal sahaja di bumi.Gadis itu pun memulakan hidupnya tinggal di bumi bersama pemuda itu.
Si dewi gadis itu pun menyatakan namanya adalah Tanabata.Tanabata dan pemuda itu pun berkahwin dan hidup bersama dengan gembira.Beberapa tahun kemudian,pada suatu hari ketika pemuda itu pergi bekerja dan Tanabata duduk di rumah,Tanabata telah terjumpa jubah baju berbulunya yang tersorok di antara dua batang alang besi di siling. "Saya dah sangka,mesti dia yang menyembunyikan baju ini.Dewi itu pun memakai baju jubahnya dan dia mula rasa dirinya kembali menjadi seorang dewi setelah hampir lama tidak merasainya.
Pada petang itu,pemuda itu pun pulang ke rumah dan berasa terkejut sambil hairan apabila melihat Tanabata memakai jubah baju yang berbulu,berdiri di hadapan rumahnya.Tanabata pun mula terbang naik ke syurga kayangan dan memanggil pemuda itu kemudian berkata "Jika awak suka saya,pergilah menganyam satu ribu capal jerami dan mengambuskanya di sekitar pokok bambu.Jika anda berbuat demikian,kita akan pasti dapat berjumpa dan akan bersama sekali lagi pada suatu hari nanti.Sila buat apa yang diberitahu saya.Saya akan menunggu awak".Tanabata terbang lebih tinggi dan lebih tinggi dan pulanglah ia ke syurga.
Pemuda itu berasa sungguh sedih,tetapi dia tahu apa yang patut dilakukan.Di keesokan hari,pemuda itu pun mula membuat capal jerami.Pemuda itu membuatkan kerja itu seharian dan berterusan hingga ke malam.Akhirnya,pemuda dapat menyiapkan capal jeraminya yang terakhir dan menanam kesemuanya di sekitar pokok bambu.
Serta-merta pokok bambu itu menjadi besar dan lebih besar kemudian ia tumbuh lebih tinggi ke dalam langit.Pemuda itu tanpa berlengah lagi terus memanjat dan mendaki pokok bambu yang tinggi itu.Pemuda itu panjat dan panjat lagi sehingga ke puncak yang lebih tinggi sehingga tibalah ia ke syurga kayangan.Tetapi kerana terlalu ingin Tanabata dengan perasaanya yang penuh kasih sayang dan cintanya,dia telah membuat capal jeraminya dengan tergesa-gesa dan sebenarnya ia dibuat hanya 999 pasang.Kemudian,pokok bambu itu pun memendek satu langkah dan pemuda itu tidak dapat sampai ke syurga kayangan.
"Hei!Tanabata!Tanabata!"lelaki itu menangis dan berteriak ke arah syurga kayangan. "Oh,rupanya kamu!"Tanabata berteriak.Tanabata menghulurkan tangannya ke arah pemuda itu dan menarik pemuda itu ke sekitar awan. "Tanabata,saya sangat merindui awak"kata pemuda itu.Mereka pun berasa gembira dan dapat berjumpa dan bersama antara satu sama lain lagi.
Bapa Tanabata tidak tidak gembira yang dia sudah berkahwin dengan seorang lelaki dari dunia bawah.Lantas memberikan pemuda itu kerja yang susah dan berat untuk dilakukan sambil berharap pemuda tersebut sedih. "Anda akan mesti menjaga ladang tembikai untuk tiga hari dan tiga malam,"katanya.Memerhatikan buah tembikai itu semasa dia menjaganya membuatkan dia berasa dahaga,tetapi jika dia memakan satu melon akan berlaku sesuatu yang dasyat dan tidak baik.Tanabata memberitahu kepada pemuda itu supaya jangan sama sekali memakan buah tembikai itu.
Tetapi selepas tiga hari,pemuda itu bertambah dahaga dan dia tidak dapat menahan dahaganya lebih lama.Lalu mencapai sebiji tembikai.Seketika kemudian,air mengalir keluar daripada buah tembikai itu dan menjadi satu sungai yang mengalir arusnya. "Sayangku,Tanabata!"Kemudian sungai itu telah memisahkan antara mereka.
Dua orang kekasih pun menyeberangi sungai untuk bertemu satu sama lain dan menjadi bintang-bintang Altair dan Vega.Bapa Tanabata membenarkan mereka untuk bertemu,tetapi hanya sekali setahun iatu pada malam Julai yang ke 7.Hingga ke hari ini dua butir bintang ini bersemuka di seberang bima sakti dan berkilau terang-benderang.
Tuesday, May 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment