Friday, May 9, 2008

Kimono

Sejarah Kimono

Perkataan asal Kimono adalah datangnya dari perkataan orang Jepun untuk pakaian.Tetapi pada tahun-tahun kebelakangan ini,perkataan kimono telah digunakan untuk merujuk terutamanya untuk pakaian Jepun yang tradisional.Kimono-kimono yang kita tahu hari ini telah bermula sejak tempoh Heian (794-1192).

Daripada tempoh Nara (710-794) sehingga sekarang biasanya orang Jepun memakainya dengan pengasingan pakaian atas dan lebih rendah (seluar atau skirt) atau pakaian baju mandi.Tetapi dalam tempoh Heian,satu pakaian baru Kimono dan teknik pembuatannya telah dimajukan.Maklumnya,kaedah memotong garisan yang lurus dan kepingannya telah dikaitkan dan dipotong dalam garisan-garisan lurus dan dijahit bersama.Dengan teknik ini,pembuat-pembuat pakaian Kimono terpaksa membuat mengikut anadaian mereka sendiri tanpa mengukur bentuk badan sebenar.

Potongan garisan lurus Kimono dikatakan terdapat banyak kelebihan.Mudah dilipat dan juga boleh dipakai mengikut kesesuaian cuaca.Kimono boleh dipakai berlapis-lapis supaya sesuai dengan musim sejuk dan kimono dibuat dengan kain yang mesra dan sesuai pada musim panas.Kelebihan ini menolong Kimono menjadi pakaian yang popular di Jepun sehingga hari ini.

Sepanjang masa ini,amalan kimono dianggap meletihkan kerana fesyennya yang berlapis-lapis.Orang Jepun mula menumpukan perhatian untuk memikirkan bagaimana caranya perbezaan warna dapat digabungkan bersama dan bermula satu kemajuan yang baik apabila mula peka kepada warna.Biasanya,gabungan-gabungan warna diwakili sama ada warnanya mengikut musim-musim atau kelas politik.Sebagaimana yang diketahui semasa ini,gabungan-gabungan warna adalah dianggap warisan tradisional di Jepun.

Semasa tempoh Kamakura (1192-1338) dan tempoh Muromachi (1338-1573) ,lelaki dan wanita kedua-duanya dipakai dengan kimono yang berwarna terang dan jelas.Para samurai pula berpakaian dengan warna-warna mengikut cara warna pemimpin mereka dan kadangkala warna yang agak garang diperlukan dan dipakai dalam medan pertempuran juga seolah-olah seperti pertunjukan fesyen.

Sepanjang tempoh Edo (1603-1868) , pahlawan kaum Tokugawa telah memerintah Jepun.Negara telah dibahagikan ke dalam 'domain' feudal yang diperintah oleh pemerintah ketika itu.Samurai dalam setiap bidang dikenalpasti melalui warna-warna dan corak mereka iatu seperti "pakaian seragam".Mereka mengandungi 3 bahagian:satu pakaian kimono Jepun iatu satu pakaian tanpa lengan yang dikenali sebagai kamishimo,jenis pakaian kimono dan Hakama,satu seluar panjang seperti skirt pemisahan.Kamishimo telah diperbuat pakaian dalam,berkanji untuk 'make the shoulders stand out'.Dengan begitu banyak baju-baju samurai yang dibuat,Kimono merupakan pakaian yang paling baik untuk dibuat dan juga terbaik dalam sebahagian kraf mereka.Pembuatan pakaian Kimono dianggap satu bentuk seni.Kimono menjadi satu pakaian yang semakin berharga dan ibu bapa atau pun sesebuah keluarga akan memberi kimono kepada anak-anak sebagai satu pakaian pusaka.

Sepanjang tempoh Meiji (1868-1912) ,Jepun mula memperkenalkan budaya asing.Kerajaan mula mendorong orang agar menerima barat juga pakaian.Pegawai kerajaan dan kakitangan tentera telah dikehendaki oleh undang-undang untuk memakai pakaian barat untuk majlis-majlis rasmi.(Undang-undang tersebut tidak lagi meninggalkan kesan dan tidak menjadi dasar pada hari ini).Untuk warganegara biasa,Kimono-kimono akan dipakai dalam peristiwa formal dan adalah diperlukan menggunakan pakaian dihiasi dengan lambang keluarga pemakai,yang dikenalpastikan sebagai latar belakang keluarganya.

Sekarang,jarang sekali orang Jepun memakai pakaian kimono mereka sebagai pakaian harian mereka.Mereka akan menyimpannya dan akan menggunakannya apabila ada upacara seperti perkahwinan,upacara teh atau festival khas lain seperti perayaan-perayaan bermusim.

Jenis kimono dan rekaannya.

Kaedah yang digunakan untuk membuat kimono adalah sangat unik.Sebidang kain 12 sehingga 13 meter (39 hingga 43 kaki) panjang dan 36 sehingga 40 sentimeter (14 hingga 15 inci) luas adalah dipotong kepada lapan kepingan.Kepingan-kepingan ini adalah kemudianya dijahit kembali bersama-sama untuk mencipta dasar asas bentuk pakaian Kimono.Semua kain adalah digunakan dan tidak ada untuk dibuang.Kain yang paling kerap digunakan adalah kain sutera tetapi yukata (kimono-kimono musim panas yang tidak formal) sering dibuat dengan kapas.Penggunaan lapan buah panel berasingan membuat ia mudah mengambil sebahagian kimono selain lebih teratur untuk menggantikannya atau membaiki yang lama,pudar atau panel-panel kain yang telah rosak.

Kimono-kimono mendapat warnanya dalam satu daripada duahala:Kain dikarang daripada pelbagai warna-warna benang atau tenunan yang telah diwarnakan.Satu contoh kain pakaian kimono dengan warna anyaman dalaman adalah oshima tsumugi,sehelai kain yang dibuat dan berasal daripada pulau Amami-Oshima selatan Kyushu.Kain ini adalah kukuh dan mempunyai satu kilauan.Contoh lagi ialah yuki tsumugi yang dibuat di bandar Yuki,Ibaraki:kain ini adalah dikatakan kukuh dan berterusan selama 300 tahun.

Permulaan kimono yang diwarnakan dengan tenunan putih yang kemudianya mempunyai satu rekaan yang dilukis atau bersulam ke dalam.Teknik ini menonjolkan atau mengeluarkan dengan jelas fabrik-fabrik yang diwarnakan.Satu contoh kain yang diwarnakan seperti kyo yuzen yang dibuat di kyoto dan unsurnya adalah panjang lebar dengan mewahnya diwarnakan rekaan-rekaanya.Contoh lain ialah kaga yuzen yang dihasilkan dan dikeluarkan di bandar raya Kanazawa.Kaga yuzen adalah berunsurkan realistik dari imej-imej alam. (Perkataan yuzen adalah nama untuk stensil 'resist' teknik pencelupan dan ia kain adalah digunakan untuk mencipta).

Kelebihan kain dengan warna anyaman dalaman adalah warna yang berterusan secara terus dan apabila muka kain pudar,kita boleh 'flip it over' dan gunakan bahagian yang lain.Kelebihan mewarnakan kain ialah bahawa jika warna pudar,ia sangat mudah untuk mengubahsuai warna yang baru.

Kimono perempuan terdiri daripada furi,ushiromigoro (bahagian belakang) dan bahagian depan ialah sode,eri,okumi dan maemigoro.

Jenis kimono dan rekaan (2)

Kimono-kimono juga adalah 'worn' dengan 'sashes' yang dikenali obi iatu yang memegang atau menjaga pakaian kimono di tempat yang teratur juga menyimpan dihadapanya yang tertutup.Obi juga bukan sahaja berfungsi sebagai amalan praktikal tetapi ia juga dikatakan cantik dan bermutu.Obi adalah kira-kira 4 meter (13 kaki) panjang dan 30 sentimeter (12 inci) luas.Terdapat dua jenis obi :fukuro obi yang mempunyai satu rekaan yang hanya terletak pada satu bahagian dan nagoya obi yang rekaan yang ada dan agak sempit di tengah untuk membuatkan lebih senang untuk mengikatnya di sekeliling badan.Obi dikenali juga dengan nishiki obi yang dibuat di Kyoto dan harga untuk warna-warna mewah seperti emas dan 'silver' adalah melihat kepada mutu anyaman pereka.Obi juga dikenali dengan nama lain seperti hakata kenjo yang dibuat di Fukuoka dan ia juga agak terkenal.

Terdapat pelbagai cara untuk mengikat obi.Busur paling terkenal adalah taiko musubi atau "drum bow".Busur ini diikat di latar atau belakang dan akan kelihatan kepulan seperti bantal yang menampakkan lebih cantik.Taiko musubi menjadi popular ketika lewat tempoh Edo.Sehingga penggunaan busur ini menjadi kurang tumpuan,orang mula tidak begitu menghiraukan sama ada obi cantik ataupun tidak,obi tetap hanya ada satu cara untuk memastikan kimono lebih teratur dan muka hadapannya yang tertutup.Sejak taiko-musubi muncul,banyak gaya-gaya busur yang cantik yang lain juga telah muncul.

Ketika tempoh Meiji,orang mula memakai obi dengan aksesori yang lebih dikenali obi-age dan obi-jime.Obi-age (bustle sash) terletak di petak yang telah digunakan untuk membentuk busur yang terikat.Obi-jime adalah digunakan untuk mengukukuhkan gaya obi yang teratur.Pengunaan aksesori dalam penggabungan warna yang berbeza menjadi cara orang untuk menunjukkan citarasa dalam pelbagai gaya.

Barang-barang penting lain yang dipakai dengan pakaian kimono termasuk han'eri (kolar separuh,satu baris untuk kolar pakaian dalaman kimono) dan tabi (bahagian jari sarung kaki yang dipakai dengan kasut Zori).Barang-barang ini adalah cantik,putih dan bersih untuk menunjukkan kecantikan warna sebenar pakaian kimono.

Penggunaan Kimono dalam peristiwa-peristiwa penting.

Orang Jepun sedar dan tahu bahawa mereka akan mengalami empat musim di Jepun dan baju-baju yang dipakai mereka juga adalah bersesuaian dengan empat musim.Orang Jepun juga akan menaik tarafkan rumah mereka dalam peringkat-peringkat.Sesuatu perayaan khas untuk menandai peristiwa seperti 'children's growth',seperti contohnya orang akan menukarkan kimononya mengikut kesesuaian musim-musim dan peristiwa.

Adalah antara 30 dan 100 hari selepas seorang kanak-kanak dilahirkan,ibu bapa,adik-beradik dan nenek melawat ke shrine untuk melaporkan kelahiran kanak-kanak itu.Bayi akan berpakaian satu warna putih di bawah kimono.Di atas pakaian kimono Jepun tersebut,bayi itu akan memakai warna yang jelas dengan warna yuzen di kimono jika ia adalah seorang gadis dan satu pakaian kimono hitam ditabur dengan lambang keluarga jika ia adalah seorang budak lelaki.

Bagi peristiwa atau perayaan lain bagi kehidupan seorang kanak-kanak adalah Shichi-Go-San (tujuh lima tiga).Perayaan ini diadakan pada bulan November.Pada hari ini,ibu bapa akan mengambil budak berumur lima tahun dan tujuh tahun atau budak perempuan tiga tahun ke shrine tempatan sebagai tanda terima kasih.Mereka juga berharap agar anak-anak mereka sentiasa sihat dan membesar.Kanak-kanak juga akan berpakaian kimono untuk peristiwa perayaan itu.

Dalam usia 20 tahun,orang muda akan menyambut hari kedewasaan dengan melawat shrine pada hari 'Coming-of Age Day' iatu pada isnin kedua dalam bulan Januari.Untuk perayaan ini,perempuan akan memakai furisode (kimono yang lengannya berjela-jela panjang) dan lelaki pula akan memakai haori (separuh lapisan) dan hakama yang dihiasi sama seperti latar belakang atau lambang keluarga mereka.

Kimono furusode adalah dipakai untuk wanita yang belum berkahwin.Pada suatu masa dahulu,wanita Jepun akan diisytiharkan cinta mereka untuk seorang lelaki dengan melebarkan panjang lengan mereka di kimono furusode.

Di upacara-upacara perkahwinan,pengantin akan dipakaikan dengan satu pakaian kimono yang putih bersih dikenali dengan shiromiku.Warna putih diumpamakan sebagai menanda bermulanya perjalanan.

Setelah seorang wanita itu berkahwin,dia tidak lagi memakai kimono furisode.Sebaliknya,memakai pakaian kimono lain yang dikenali tomesode,pakaian kimono dengan 'flaps' yang lebih pendek di lengan baju.Tomesode boleh juga diwarnakan dengan warna hitam atau warna lain.Tomesode hitam dengan dihiasi lambang keluarga pemakai disimpan untuk peristiwa-peristiwa formal kecuali mereka tidak sentiasa mempunyai lambang keluarga
pada mereka.Satu ciri berlainan untuk tomesode (biasanya warna hitam dan lain-lain warna) adalah hanya kain pada dasar separuh dalam kimono dengan dihiasi jenis rekaan.

Penggunaan kimono dalam peristiwa-peristiwa penting (2)

Terdapat pelbagai jenis bagi pakaian-pakaian kimono untuk perempuan.Apabila membayar untuk melawat ke tempat-tempat yang formal,wanita akan memakai homongi ("Kimono pelawat") ,yang ia ditutup keseluruhan oleh rekaan pola.Tsukesage (taburan dengan hiasan corak-corak di bahagian atas permukaan depan dan belakang 'hemlines' ditemukan di atas 'shoulders',dan corak-corak di lengan baju yang dipenuhi rekaan) adalah untuk parti,upacara-upacara teh,penyusunan bunga dan perkahwinan rakan-rakan.

Untuk pakaian kasual,satu daripadanya boleh dipilih antaranya kimono yang dikenali komon,dimana ia ditutup keseluruhan secara kecil,corak-corak yang halus dan tsumugi dengan lebih cerah juga corak yang lebih menonjol hiasanya.

Apapun pun peristiwa,lawatan yang pertama sempena tahun baru adalah melawat shrine,berhenti dan melihat seseorang yang lebih tua atau apa yang kita ada-Orang Jepun selalu berfikiran mengenai musim-musim untuk menentukan pakaian jenis apa yang perlu dipakai.Warna pucat yang agak terang seperti warna hijau adalah sesuai untuk musim bunga dan semasa musim sejuk,mereka akan memakai jenis kimono dengan warna lavender atau biru gelap yang lebih sesuai dalam musim panas.Musim-musim luruh,warna yang agak sesuai mungkin warna yang seakan sama dengan warna daun-daun dan musim sejuk adalah sesuai untuk kimono yang berwarna hitam dan merah.

Dalam musim panas,orang Jepun akan bermain bunga api dan menghadiri upacara-upacara pada musim panas.Pada waktu-waktu ini,mereka akan memakai kimono-kimono yang tidak rasmi yang sedia maklum dikenali yukata.Pada masa dahulu,orang ada juga memakai yukata selepas bermandian tetapi sekarang mereka memakainya terutama terdapat peristiwa atau pertandingan musim panas 'streetscape' dimana ia dipakai tidak kira orang tua dan muda ataupun lelaki dan wanita.Kebanyakkan yukata diperbuat daripada kapas.Mengikut tradisi,corak-corak sama ada warna 'navy-on-white' atau 'white-on-navy' tetapi tahun-tahun kebelakangan ini,rekaan-rekaan yang lebih berwarna-warni telah timbul.

Walaupun kimono-kimono adalah tidak lagi dipakai setiap hari di Jepun,orang masih lagi gemar berpakaian kimono pada waktu-waktu tertentu dalam sepanjang tahun.Dan bila mereka buat,mereka menggunakan fabrik,warna-warna dan rekaan-rekaan kimono mereka yang menyatakan mereka cinta kepada empat musim.

1 comment:

Aqeelah said...

thanks for this useful information for my assigment...arigato gozaimas yamada san